Tawaran Mengajar di MABIQ


Kursus Metodologi & Psikologi Pendidikan Tilawatil Qur'anil Karim dan Pendidikan Islam



Alhamdulillah....Kursus Metodologi & Psikologi Pendidikan Tilawatil Qur'anil Karim dan Pendidikan Islam anjuran Maahad Bahasa dan Ilmu Al-Quran ( MABIQ) berjalan dengan baik dan lancar yang telah diadakan pada 2 Mei 2015 bertempat di Dewan MABIQ Pantai Sepat, Kuantan, Pahang.

Banyak maklumat berkaitan dengan pendidikan dan cara mengajar yang sangat berguna terutamanya kepada guru-guru, ustaz-ustaz, ustazah-ustazah dan juga orang awam yang disampaikan oleh pensyarah kursus, Ustaz Jamaluddin Abdul Jabbar yang juga penulis buku Metodologi & Psikologi Pendidikan Tilawatil Qur'anil Karim.

Berbanyak terima kasih juga kepada yang datang dalam menyertai kursus ini




Pelajar Hafiz 30 Juzuk



Alhamdulillah....seorang lagi anak Maahad Bahasa dan Ilmu Al-Quran (MABIQ) telah berjaya menghafaz 30 juzuk al-Quran...

Tahniah Muhammad Shahizwan bin Kamaruzzaman 



Semoga anda berjaya di dunia dan akhirat dan menjadi anak yang soleh untuk keluarga..insya-Allah.... Ameen