Sunday, October 21, 2018

KELAS BAHASA ARAB KOMUNIKASI

πŸ“ƒRUGI TAK AMBIL PELUANGπŸ“ƒ

πŸ“ KELAS BAHASA ARAB KOMUNIKASI BERSAMA ALFADHIL USTAZ DR ABDUL AZIZ  ( ARAB SYRIA )

πŸ“ YURAN RM 100 SEBULAN MENUNTUT ILMU SAMBIL MEMBANTU MANGSA PERANG DI SYIRIA.


πŸ“Œ UNTUK  DEWASA
πŸ‘‰TERBUKA KEPADA LELAKI DAN PEREMPUAN. 
πŸ‘‰SETIAP ISNIN, RABU DAN JUMAAT 
πŸ‘‰JAM 8.00 MALAM HINGGA 10.00 MALAM.

πŸ“Œ UTK PELAJAR SEKOLAH MENENGAH
πŸ‘‰ TERBUKA KEPADA PELAJAR LELAKI DAN PEREMPUAN
πŸ‘‰ SETIAP HARI ISNIN, RABU DAN JUMAAT
πŸ‘‰  JAM 04.00 PETANG HINGGA 06.00 PETANG.

πŸ“Œ UNTUK PELAJAR SEKOLAH RENDAH.
πŸ‘‰ TERBUKA KEPADA KANAK-KANAK LELAKI DAN PEREMPUAN
πŸ‘‰ SETIAP HARI SABTU
πŸ‘‰ JAM 09.00 PAGI HINGGA 12.00 TENGAHARI
πŸ‘‰ YURAN RM 20.00 SEHARI

πŸ“ TERBATAS 24  PESERTA SAHAJA. 

πŸ“ TEMPAT : TINGKAT 1, RESTORAN MABIQ 2, HADAPAN HOSPITAL KPJ TANJUNG LUMPUR, KUANTAN.

πŸ“± JIKA BERMINAT, WHATSAPP USTAZ JAMAL : 0169541234.

πŸ“‘ MOHON UNTUK DISEBARKAN

 πŸ˜ŠTERIMA KASIH BANYAK-BANYAK

Saturday, October 6, 2018

PENGAMBILAN PELAJAR BAGI TAHUN 2019

SYARAT-SYARAT KEMASUKAN BELAJAR DI MABIQ 2019

  1. Lelaki berumur 13 tahun.
  2. Boleh membaca al-Quran dan Bahasa Melayu.
  3. Pelajar tidak jahat, tidak manja, tidak degil dan tidak berlagak sombong.
  4. Mampu membayar yuran kemasukan RM 1,000.00 dan bulanan RM 320.00.
  5. Penjaga dan pelajar yang benar-benar sanggup mematuhi peraturan sekolah.
  6. Sanggup belajar sehingga mengambil SPM dan STAM ( 6 tahun ).
  7. Pelajar tidak ada penyakit berjangkit atau berbahaya.
  8. Pelajar tidak pernah merokok, mencuri, melawan guru atau kes yang lain.
  9. Penjaga bukan seorang yang suka memperlekeh-lekehkan maahad.
MAKLUMAT UMUM PENDIDIKAN DI MABIQ
  1. Menggunakan kurikulum kebangsaan SPM, STAM dan kurikulum MABIQ.
  2. Mempunyai pendidikan tahfiz al-Quran, Pengajian Islam, Akademik dan Kemahiran.
  3. Tahfiz al-Quran formal bermula tingkatan 1 hingga tingkatan 4 sahaja ( T1-4 juz , T2-8 juz , T3-8 juz dan T4 - 10 juz ).
  4. Tingkatan 5 mengambil SPM dan tingkatan 6 mengambil STAM (hafazan Quran mengulang sendiri).
  5. Disiplin dan peraturan yang ketat.
  6. Dua kali melakukan kesalahan besar akan diminta pindah ke sekolah lain.
  7. Cuti hanya sekali dalam seminggu ( hari Ahad ).
  8. Tidak ada waktu "outing" ke bandar untuk pelajar.
  9. Mengambil cuti lebih awal atau lambat hantar pada waktu yang ditetapkan dikenakan bayaran.
  10. Mengambil cuti sendiri dikenakan bayaran RM 10 per hari.
  11. Wajib solat jemaah setiap waktu dan dilatih banyak solat sunat.
  12. Masa belajar siang bermula jam 5 pagi hingga 5 petang.
  13. Masa belajar malam jam 8 hingga 10 malam.
  14. Tidak hadir belajar melebihi 30 hari waktu persekolahan dalam setahun atau tidak lulus peperiksaan akhir tahun, pelajar boleh dikenakan tindakan tidak naik kelas.
  15. Dua tahun tidak naik kelas pelajar diwajibkan pindah sekolah lain.
  16. Wajib hafal quran sekurang-kurangnya 10 juzuk dalam masa 6 tahun.
  17. Wajib hafal hadis sekurang-kurangnya 120 hadis dalam masa 6 tahun.
  18. Pelajar tingkatan 5 dan 6 dikenakan praktik mengajar pelajar tingkatan 1 dan 2.
  19. Menziarahi anak hanya 1 kali sebulan iaitu pada hari Ahad minggu ketiga atau keempat.
  20. Dilarang membawa handset / barang elektronik, rokok dan seumpamanya ke maahad.
  21. MABIQ bukan tempat pelajar jahat, manja, degil dan berlagak sombong.
  22. MABIQ tempat pelajar yang sabar dan taat menghadapi kesusahan dalam mengikuti tarbiyah dan latihan kehidupan.
PERATURAN PENJAGA
  1. Tidak dibenarkan terlalu kerap menziarahi anak kecuali sebulan sekali.
  2. Tidak dibenarkan memberi handset kepada anak atau pelajar lain.
  3. Penjaga boleh berbincang dengan pengetua di pejabat (masa kerja) bukan melalui handphone.
  4. Tidak dibenarkan selalu mengambil cuti kerana hal ehwal keluarga.
  5. Tidak dibenarkan menambah cuti sendiri.
  6. Tidak membekalkan makanan ringan seperti maggi dan lain-lain.
  7. Penjaga dikehendaki lebih percaya pada keterangan guru daripada keterangan anak-anak,
  8. Membayar RM 10.00 per hari kerana mengambil cuti sendiri.
  9. Membayar RM 5.00 kerana mengambil awal / hantar lewat bukan pada waktu yang ditetapkan.

PENYAMPAIN HADIAH KEPADA PEMENANG YANG MENYERTAI MUSABAQAH PERINGKAT MABIQ 2018KATE

KATEGORI 1 - 10 JUZUK
MUHAMMAD HAIKAL BIN ABDUL MUBIN
KATEGORI 1 - 20 JUZUK
MUHAMMAD UMAR FAROOQ AL-HAKIM BIN ABD BAKRI

KATEGORI 1 - 30 JUZUK
MUHAMMAD FAIZ BIN AHMAD ARIFFIN

BAHAGIAN AKHIR : PROGRAM MUSABAQAH AL-QURAN PERINGKAT MABIQ PADA 01.10.2018








BAHAGIAN 1 : PROGRAM SARINGAN MUSABAQAH AL-QURAN PERINGKAT MABIQ PADA 29.09.2018










PEMERIKSAAN DARAH OLEH PEJABAT KESIHATAN DAERAH KUANTAN PADA 28.09.2018