Monday, December 24, 2018

SENARAI NAMA PELAJAR YANG BERJAYA TEMUDUGA UNTUK KEMASUKAN MABIQ 2019 SEHINGGA 20.12.2018


PENGAMBILAN PELAJAR BAGI TAHUN 2019

SYARAT-SYARAT KEMASUKAN BELAJAR DI MABIQ 2019

  1. Lelaki berumur 13 tahun.
  2. Boleh membaca al-Quran dan Bahasa Melayu.
  3. Pelajar tidak jahat, tidak manja, tidak degil dan tidak berlagak sombong.
  4. Mampu membayar yuran kemasukan RM 1,000.00 dan bulanan RM 320.00.
  5. Penjaga dan pelajar yang benar-benar sanggup mematuhi peraturan sekolah.
  6. Sanggup belajar sehingga mengambil SPM dan STAM ( 6 tahun ).
  7. Pelajar tidak ada penyakit berjangkit atau berbahaya.
  8. Pelajar tidak pernah merokok, mencuri, melawan guru atau kes yang lain.
  9. Penjaga bukan seorang yang suka memperlekeh-lekehkan maahad.
MAKLUMAT UMUM PENDIDIKAN DI MABIQ
  1. Menggunakan kurikulum kebangsaan SPM, STAM dan kurikulum MABIQ.
  2. Mempunyai pendidikan tahfiz al-Quran, Pengajian Islam, Akademik dan Kemahiran.
  3. Tahfiz al-Quran formal bermula tingkatan 1 hingga tingkatan 4 sahaja ( T1-4 juz , T2-8 juz , T3-8 juz dan T4 - 10 juz ).
  4. Tingkatan 5 mengambil SPM dan tingkatan 6 mengambil STAM (hafazan Quran mengulang sendiri).
  5. Disiplin dan peraturan yang ketat.
  6. Dua kali melakukan kesalahan besar akan diminta pindah ke sekolah lain.
  7. Cuti hanya sekali dalam seminggu ( hari Ahad ).
  8. Tidak ada waktu "outing" ke bandar untuk pelajar.
  9. Mengambil cuti lebih awal atau lambat hantar pada waktu yang ditetapkan dikenakan bayaran.
  10. Mengambil cuti sendiri dikenakan bayaran RM 10 per hari.
  11. Wajib solat jemaah setiap waktu dan dilatih banyak solat sunat.
  12. Masa belajar siang bermula jam 5 pagi hingga 5 petang.
  13. Masa belajar malam jam 8 hingga 10 malam.
  14. Tidak hadir belajar melebihi 30 hari waktu persekolahan dalam setahun atau tidak lulus peperiksaan akhir tahun, pelajar boleh dikenakan tindakan tidak naik kelas.
  15. Dua tahun tidak naik kelas pelajar diwajibkan pindah sekolah lain.
  16. Wajib hafal quran sekurang-kurangnya 10 juzuk dalam masa 6 tahun.
  17. Wajib hafal hadis sekurang-kurangnya 120 hadis dalam masa 6 tahun.
  18. Pelajar tingkatan 5 dan 6 dikenakan praktik mengajar pelajar tingkatan 1 dan 2.
  19. Menziarahi anak hanya 1 kali sebulan iaitu pada hari Ahad minggu ketiga atau keempat.
  20. Dilarang membawa handset / barang elektronik, rokok dan seumpamanya ke maahad.
  21. MABIQ bukan tempat pelajar jahat, manja, degil dan berlagak sombong.
  22. MABIQ tempat pelajar yang sabar dan taat menghadapi kesusahan dalam mengikuti tarbiyah dan latihan kehidupan.
PERATURAN PENJAGA
  1. Tidak dibenarkan terlalu kerap menziarahi anak kecuali sebulan sekali.
  2. Tidak dibenarkan memberi handset kepada anak atau pelajar lain.
  3. Penjaga boleh berbincang dengan pengetua di pejabat (masa kerja) bukan melalui handphone.
  4. Tidak dibenarkan selalu mengambil cuti kerana hal ehwal keluarga.
  5. Tidak dibenarkan menambah cuti sendiri.
  6. Tidak membekalkan makanan ringan seperti maggi dan lain-lain.
  7. Penjaga dikehendaki lebih percaya pada keterangan guru daripada keterangan anak-anak,
  8. Membayar RM 10.00 per hari kerana mengambil cuti sendiri.
  9. Membayar RM 5.00 kerana mengambil awal / hantar lewat bukan pada waktu yang ditetapkan.

Sunday, December 16, 2018

KIPC HARI KEENAM : 13.12.2018

PERSIAPAN PENYEDIAAN MAKAN MALAM MAJLIS PENUTUPAN KIPC 2018









SEKITAR MAJLIS MAKAN MALAM DAN PERSEMBAHAN PESERTA KIPC SEMPENA  PENUTUPAN KIPC 2018









Thursday, December 13, 2018

KIPC SEKITAR HARI KEEMPAT DAN KELIMA : 11 ~ 12.12.2018





















PENYEMBELIHAN SEEKOR LEMBU UNTUK PERSIAPAN MAJLIS MAKAN MALAM PENUTUPAN KIPC 2018

LEMBU HASIL SUMBANGAN SEORANG HAMBA ALLAH, TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK DAN SEMOGA ALLAH MEMBALAS SEBAIK-BAIK BALASAN..
INSYA-ALLAH...










TEMUDUGA KEMASUKAN 2019 KALI KE-2 🔊🔊🔊

🌻🌻ASSALAMUALAIKUM...

🔊MAKLUMAN, TEMUDUGA TERBUKA KALI KEDUA - 2  UNTUK KEMASUKAN BELAJAR DI  MABIQ PANTAI SEPAT BAGI TAHUN 2019. BERIKUT MAKLUMAT TEMUDUGA TERBUKA :

📌TARIKH : 15 DISEMBER 2018
📌MASA : 10.00 PAGI
📌TEMPAT : DEWAN MABIQ PANTAI SEPAT
📌TEMPOH PENGAJIAN 6 TAHUN:
     📝TINGKATAN 1 HINGGA 4 HAFAL AL-QURAN DAN LAIN-LAIN
     📝TINGKATAN 5 AKAN MENGAMBIL SPM
     📝TINGKATAN 6 AKAN MENGAMBIL STAM

"SEMOGA ANAK ANAK BOLEH BELAJAR DI UNIVERSITI DAN MENJADI ORANG YANG MUTTAQIIN DAN MUKHLISHIIN.....AAMIIN"

📞JIKA BERMINAT, SILA HANTAR WHATSAPP KEPADA 

     016 - 954 1234 ( USTAZ JAMAL )
     013 - 257 9965 ( USTAZ IZWAN )
     013 - 278 7273 ( USTAZ SYED )
     014 - 938 0711 ( USTAZ AKMAL )


DISERTAKAN MAKLUMAT SEPERTI BERIKUT :
   📍NAMA PELAJAR:
   📍NO K/P :
   📍NO TEL PENJAGA :
   📍STATUS : CALON PELAJAR MABIQ 2019***
      *** mohon untuk meletakkan status seperti di atas sebagai rujukan 😊

🚘 PETUNJUK LOKASI ( WAZE ), TAIP  MABIQ PANTAI SEPAT, JALAN PANTAI SEPAT, KUANTAN.

🔊MOHON DISEBARKAN, TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK 🤗

Tuesday, December 11, 2018

HARI KETIGA KIPC 10.12.2018

SARAPAN PAGI 



SLOT LATIHAN DALAM KUMPULAN - LDK





SLOT PETANG - AKTIVIT SUKANEKA