Thursday, May 23, 2019

LAPORAN MESYUARAT PENYELARASAN UPACARA PEMAKAMAN ALMARHUM SULTAN HAJI AHMAD SHAH

Laporan Mesyuarat Penyelarasan Upacara Pemakaman Tuanku Paduka Ayahanda

Pergerakan jenazah
1. Jenazah dimandi dan dikafankan di Istana Negara
2. Jenazah dijangka tiba di TUDM Kuantan jam 4.00 petang
3. Jenazah terus dibawa ke Istana Abu Bakar, Pekan dan ditempatkan di Balairong Seri
4. Jenazah akan dibawa ke masjid bersebelahan makam diraja selepas zohor dan akan disembahyangkan di sana
5. Upacara pemakaman akan bermula selepas itu
6. Ziarah orang awam bermula malam ini sehingga jam 11.00 pagi esok
7. Bermula jam 11.00 pagi, ziarah terdiri daripada kerabat-kerabat dan VVIP


Etika pakaian semasa upacara dan tempoh berkabung
1. Baju melayu serba hitam
2. Samping hitam
3. Songkok berlilit kain putih
4. Jubah hitam dan tudung hitam bagi wanita

Arahan / keputusan mesyuarat
1. Bendera Pahang dikibar separuh tiang. Bagi bendera Malaysia akan dimaklumkan kemudian
2. Esok diisytihar sebagai hari cuti bagi negeri Pahang
3. Semua aktiviti berbentuk hiburan hendaklah dihentikan (3 hari)
4. Tempoh hari berkabung ialah 40 hari
5. Tahlil diadakan disemua masjid di negeri Pahang selama 3 hari bermula malam ini
6. Semua DO dillantikmenjadi LO bersama exco kepada Sultan/Raja negeri-negeri. DO Cameron Highlands bersama YB Pegawai Kewangan Negeri dilantik menjadi LO kepada Sultan Kedah
7. Semua Ketua Jabatan dan DO diijemput untuk hadir menyambut jenazah di TUDM jam 4.00 petang
8. Semua DO diminta untuk berada di Pekan bermula pada petang ini
9. Bilik Gerakan upacara adalah di MUIP, Pekan

23.05.2019 ~ SALAM TAKZIAH DAN MERAFAK SEMBAH DARIPADA KAMI SELURUH GURU, KAKITANGAN DAN ANAK-ANAK MABIQ.

SALAM TAKZIAH DAN MERAFAK SEMBAH DARIPADA KAMI SELURUH GURU, KAKITANGAN DAN ANAK-ANAK MABIQ.

Anak-anak maahad kami mendirikan sholat ghaib dan bacaan yasin untuk Almarhum Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah. Semoga Allah mencucuri Rahmat kpd Rohnya, diampuni segala dosanya dan dikurniakan syurga utknya. Aamiin.









22.05.2019 ~ ALHAMDULILLAH, HARI INI BERBUKA BERSAMA PENAJA, MANAGER AIA INSURANCE. TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK ATAS TAJAAN YANG DIBERIKAN, SEMOGA ALLAH MEMNALAS SEGALA-GALANYA



22.05.2019 ~ AL-FATIHAH & SEMBAH TAKZIAH.

AL-FATIHAH & SEMBAH TAKZIAH. 

Dukacita dimaklumkan KDYMM Paduka Ayahanda Sultan Hj Ahmad Shah baru sahaja MANGKAT lebih kurang jam 8.50 PAGI.

Merafak Sembah Takziah Kepada KDYMM Sultan Pahang, Kerabat DiRaja Pahang Dan Seluruh Rakyat Negeri Pahang Darul Makmur Diatas Kemangkatan Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Mu'adzam Shah

Al Fatihah

‎بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم
‎ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞امين

Semoga Allah Mencucuri Rahmat Keatas Roh Almarhum





19.05.2019 ~ JEMPUTAN LUAR UNTUK BERBUKA PUASA







Sunday, May 12, 2019

12.05.2019 ~ DEWAN PENGAJIAN ISLAM, PERPUSTAKAAN DAN KELAS

MOHON DISEBARKAN.

Assalamualaikum... kami mengajak sahabat-sahabat turut sama sama membangunkan dewan pengajian Islam, perpustakaan dan kelas ini. Kami hanya memerlukan lebih kurang RM 30K hingga RM 35K sahaja lagi untuk upah pasang mozek lantai, pendawaian dan cat. 

MOHON DERMA IKHLAS TUAN PUAN UTK PEMBANGUNAN MAAHAD BAHASA DAN ILMU ALQURAN ( MABIQ ) PANTAI SEPAT KUANTAN PHG. 

NOMBOR AKAUN ATAS NAMA "MAAHAD BAHASA DAN ILMU AL-QURAN"

556 011 011 889 ( MAYBANK ), 
060 190 100 854 83 ( B.ISLAM ) DAN 
860 130 7802 ( CIMB ).

Trmkshbyk semoga Allah mblsnya di bulan ramadhan ini dgn berlipat kali ganda. Aamiin.




11.05.2019 ~ BERBUKA BERSAMA IBU BAPA DI HUJUNG MINGGU

SETIAP SABTU MALAM AHAD BERBUKA PUASA DAN SHOLAT TERAWIH BERSAMA IBUBAPA DI MABIQ PANTAI SEPAT KUANTAN DAN DI MADRASAH AL-FATIHAH BUKIT GENTING JERANTUT.









Saturday, May 4, 2019

TAWARAN MENAJA BERBUKA PUASA PELAJAR MABIQ


Assalamualaikum wbt..😊 

🌿 Tawaran kepada Tuan2 & Puan2 yang ingin menaja Berbuka Puasa anak2
     pelajar MABIQ pada bulan Ramadhan tahun ini. 

📌 Maklumat Kategori Tajaan seperti berikut : 

      👉 1) BERBUKA : RM 7.00/SEORANG x 186 orang pelajar = RM 1,302.00 
      👉 2) SAHUR : RM 5.00/SEORANG x 186 orang pelajar = RM 930.00 
      👉 3) MOREH : RM 3.00/SEORANG x 186 orang pelajar = RM 558.00 

Nota : Tuan2 & Puan2 yg ingin menyumbang separuh tajaan setiap kategori 
          ( seperti diatas ) juga sangat dialu-alukan😊

🌷Kami juga menerima apa sahaja sumbangan, baik ia berupa wang mahupun  
    makanan dan lain-lain.... In sya Allah.🌷

☎ Untuk Tempahan, boleh menghubungi :
    👉 Ustaz Jamal         : 016 - 954 1234
    👉 Ustaz Izwan         : 013 - 257 9965
    👉 Ustaz Khairuddin  : 019 - 920 1036
    👉 Pejabat               : 010 - 451 6309

🌺 Tuan2 & Puan2 yg berminat blh hadir ke MABIQ Pantai Sepat ataupun
     melalui akaun Maybank 556 011 011 889 atas nama 
     Maahad Bahasa & Ilmu Alquran ( MABIQ ).

🌸 Rasulullah bersabda : 
     "Siapa yang memberi makan orang yang berpuasa maka baginya pahala
      seumpamanya tanpa sedikitpun kurang pahala orang berpuasa"
     {Riwayat Ahmad, At-Tarmizi dan Al-Baihaqi}

🤗 Jutaan terima kasih banyak2 diatas segala sokongan, dokongan dan Semoga
     Allah membalas segala kebaikan Tuan2 & Puan2 keatas maahad kami 
    dengan sebaik2 kebaikan.. in sya Allah.🤗

IFTAR DI RESTORAN MABIQ 2 ( 2 RAMADHAN - 29 RAMADHAN )


🌻 MABIQ RESTAURANT  2 🌻

🌙 TEMPAHAN IFTAR DIBUKA SEKARANG!🌙

✅ Hanya RM100 sahaja

(hidangan satu meja 4 org)

✅Buka SETIAP HARI kecuali JUMAAT bermula 2 Ramadan sehingga 29 Ramadan.


✅Buka di RESTORAN MABIQ 2 sahaja


✅WAKTU OPERASI : 4.00pm - 8.00pm


✅Jualan bungkus dan Perkhidmatan Penghantaran (COD) disediakan.


✅ Untuk tempahan, hubungi : 


     📱Ustazah Umee : 016 - 953 5699 

     📱 Puan Linda     : 012 - 902 7502
     📱 Cik Nurul        : 019 - 745 7510

🍲 MOH PAKAT RAMAI - RAMAI BERBUKA PUASA DI MABIQ 



BUAT TEMPAHAN AWAL SEBELUM KEHABISAN TEMPAT

PELAJAR-PELAJAR YANG MENJADI IMAM / BILAL TARAWIH DI LUAR & MABIQ MEMBUAT LATIHAN TERAKHIR SEPERTI SOLAT TARAWIH SEBENAR. SEMOGA BERMANFAAT



04.05.2019 ~ PROGRAM GOTONG ROYONG BERSAMA ALAM FLORA DI PANTAI CEMPAKA 😊







Featured Post

LAPORAN AKTIVITI KOKURIKULUM (KELAB & PERSATUAN)