MAJLIS KESYUKURAN KHATAM 30 JUZUK AL-QURAN

Pada 7 Jun 2014 adalah tarikh bersejarah bagi MABIQ kerana buat julung kalinya MABIQ mengadakan Majlis Kesyukuran lima orang pelajar telah berjaya khatam hafazan Al-Quran 30 juzuk. Mereka terdiri daripada Muhammad Adli, Muhammad Nur Syahid, Muhammad Afiq Hazwan, Muhammad Amil Syukri dan Sheikh Muhammad Zaid Harithah.