MAJLIS ANJURAN GEMS DI CHERATING









Pada 29 Ogos 2009, GEMS telah menjemput anak-anak MABIQ ke majlis berbuka puasa yang telah diadakan di Cherating. Namun, dalam perjalanan yang memakan masa lebih kurang satu jam, bas kami rosakl di tengah-tengah bandar kuantan menyebabkan kesesakkan lalulintas. Mujurlah ada stesen minyak berdekatan lalu kami beli apa yang patut untuk berbuka puasa di dalam bas. Alhamdulillah kami tiba di sana sekitar jam 8 malam. Majlis anjuran GEMS itu juga dihadiri anak-anak yatim yang lain di sekitar Kuantan. Pada majlis tersebut kami telah menyampaikan dua buah lagu nasyid. Majlis bersurai setelah pihak GEMS memberi sumbangan duit raya dan hamper kepada setiap pelajar.

PROGRAM SEHARI BERSAMA KIPSAS DI MABIQ








Program anjuran KIPSAS ini diadakan pada 6 Sept 2009. Program yang bermula jam 2 petang dan berakhir hampir jam 12 mlm itu melibatkan lebih kurang 30 pelajar KIPSAS. Pelbagai aktiviti yang diadakan dengan tujuan menimbulkan kesedaran kepada setiap pelajar agar menghargai kehidupan di dunia ini serta menjadi muslim yang bertanggungjawab. Bukan sahaja seluruh kawasan MABIQ dibersihkan bersama-sama pelajar MABIQ malah hidangan untuk berbuka juga dimasak sendiri oleh pelajar KIPSAS. Kami semua sangat gembira dan menghargai program ini.

SUMBANGAN BAJU RAYA DARI KLINIK KELUARGA MUIP

Pada 29 Ogos 2009 yang lalu, pihak Klinik Keluarga Al-Farabi, Kuantan, Pahang telah bermurah hati memperuntukkan sejumlah wang bagi membeli baju raya anak-anak MABIQ. Mereka telah dibawa ke gedung Kamdar Kuantan bagi tujuan tersebut. Bagi anak-anak MABIQ pengalaman ini tidak akan dilupakan sampai bila-bila kerana ada di antara anak-anak ini tidak pernah berpakaian raya lengkap bersampin dan songkok. Setelah balik dari membeli-belah, mereka diberi hamper setiap seorang berupa beg, air zam zam dll.

TERIMA KASIH BANYAK2!!!!!




Tiada kata yang lebih bermakna selain ucapan terima kasih banyak2 kepada semua penderma ynag berhati mulia yang telah menderma untuk pembangunan MABIQ, makan minum para pelajar, belanja pendidikan dan lain-lain lagi. Alhamdulillah pengurusan MABIQ sudah mampu mempunyai dua orang guru tambahan bagi mengajar pelajaran akademik menjadikan semuanya 4 orang guru; 2 guru hafiz dan 2 guru akademik. Perkembangan ini sangat membantu para pelajar agar tidak ketinggalan dalam menguasai bukan sahaja ilmu fardhu ain malah fardhu kifayah.
Begitu juga pengurusan bagi membangunkan surau, bilik penginapan guru dan dewan makan, Alhamdulillah, lebih kurang 70% sudah siap. Terima kasih banyak-banyak.. Namun begitu, sokongan kuat daripada semua pihak secara berterusan sangat kami harapkan agar pendidikan tahfiz anak-anak MABIQ ini berjaya.
Akhir kata, kami semua di sini mendoakan agar Allah memberkati, memudahkan segala urusan tuan/puan dan kita semua sentiasa dalam redho-Nya, amin, amin ya rabbal alamin..

SUMBANGAN DARI JUSCO BERSAMA DATO' SITI NURHALIZA







SUMBANGAN DARI TENGKU PUTERI PAHANG



Majlis penyampaian sumbangan oleh YAM Tengku Puteri Lela Wangsa Pahang Tungku Tan Sri Hajjah Meriam Binti Sultan Haji Ahmad Shah
(Pengerusi Pergerakkan puteri Islam Malaysia PPIM Pahang)
Pada 15 September 2009 Bersamaan 25 Ramadhan 1430H.
Berkenan mencemar Duli untuk menyampaikan sumbangan kepada anak yatim dan fakir miskin di MaBIQ.Kami amat berbesar hati menerima kunjungan Diraja ini dan kami berdoa segala jasa dan kebaikan yang dicurah akan mengalir sepanjang zaman.Aminn

S7 BIKERS RAIKAN PELAJAR MABIQ.....





Pada 03 oktober bersamaan 14 syawal 1430 hijrah,seramai 16 orang anak yatim dan miskin dari Maahad Bahasa dan Ilmu Al quran (MABIQ) diraikan sempena Majlis Rumah Terbuka Bengkel De Surya Up Grade Mechanical. Mereka turut menerima sumbangan duit raya dan beg sekolah yang mengandungi keperluan pembelajaran. Turut memeriahkan majlis ialah pengurusnya, Dayang Hasmila Ramli dan Pengerusi S7 Bikers, Major (B), Naemat Mohamed.