Pada 29 Ogos 2009, GEMS telah menjemput anak-anak MABIQ ke majlis berbuka puasa yang telah diadakan di Cherating. Namun, dalam perjalanan yang memakan masa lebih kurang satu jam, bas kami rosakl di tengah-tengah bandar kuantan menyebabkan kesesakkan lalulintas. Mujurlah ada stesen minyak berdekatan lalu kami beli apa yang patut untuk berbuka puasa di dalam bas. Alhamdulillah kami tiba di sana sekitar jam 8 malam. Majlis anjuran GEMS itu juga dihadiri anak-anak yatim yang lain di sekitar Kuantan. Pada majlis tersebut kami telah menyampaikan dua buah lagu nasyid. Majlis bersurai setelah pihak GEMS memberi sumbangan duit raya dan hamper kepada setiap pelajar.
Featured Post
-
Terima kasih yang tidak terhingga kepada Dato' Norida Hamzah yg sudi menjemput kami ke majlis perkahwinan anak sul...
-
Sambil menunggu waktu berbuka :) Berbuka bersama di Dewan Utama MABIQ Berbuka bersama keluarga di MABIQ sebelum pulang ke kampun...
-
MAJALAH LIBUR KELUARAN DISEMBER 2012 GULAI PATIN TEMPOYAK, GULAI LEMAK DAGING SALAI, PAIS PATIN TEMPOYAK, SAMBAL B...