PENGENALAN MABIQ TERKINI

Maahad Bahasa dan Ilmu Al-Quran atau MABIQ adalah sebuah maahad tahfiz Al-Quran, akademik dan kemahiran yang berkonsepkan kebajikan kepada anak-anak yatim dan fakir miskin.

Ditubuhkan pada 3 Januari 2007 di atas Lot 29738, Kampung Peramu Tanjung Lumpur Kuantan Pahang yang berkeluasan tidak sampai 1/4 ekar. Ia diasaskan oleh Ustaz Jamaluddin bin Abdul Jabbar dan isterinya Ustazah Umee Ruziani binti Ab Ghani.

Pada 13 Jun 2011 MABIQ membuka sebuah lagi cawangan atas nama Madrasah Al-Fatihah di Kampung Bukit Genting Tebing Tinggi Jerantut, Pahang. Dan pada 1 Januari 2013, MABIQ membuka cawangan ketiga di Kampung Sepat Penor Kuantan, Pahang atas nama MABIQ Pantai Sepat.

Kini (Mac 2015) MABIQ mempunyai lebih 125 pelajar, 8 orang guru sepenuh masa, 4 orang guru akademik separuh masa, 5 orang guru pakar SPM jemputan, 7 orang kakitangan pentadbiran dan 22 orang kakitangan restoran.