- Lelaki berumur 13 tahun.
- Boleh membaca al-Quran dan Bahasa Melayu.
- Pelajar tidak jahat, tidak manja, tidak degil dan tidak berlagak sombong.
- Mampu membayar yuran kemasukan RM 1,000.00 dan bulanan RM 320.00.
- Penjaga dan pelajar yang benar-benar sanggup mematuhi peraturan sekolah.
- Sanggup belajar sehingga mengambil SPM dan STAM ( 6 tahun ).
- Pelajar tidak ada penyakit berjangkit atau berbahaya.
- Pelajar tidak pernah merokok, mencuri, melawan guru atau kes yang lain.
- Penjaga bukan seorang yang suka memperlekeh-lekehkan maahad.
MAKLUMAT UMUM PENDIDIKAN DI MABIQ
- Menggunakan kurikulum kebangsaan SPM, STAM dan kurikulum MABIQ.
- Mempunyai pendidikan tahfiz al-Quran, Pengajian Islam, Akademik dan Kemahiran.
- Tahfiz al-Quran formal bermula tingkatan 1 hingga tingkatan 4 sahaja ( T1-4 juz , T2-8 juz , T3-8 juz dan T4 - 10 juz ).
- Tingkatan 5 mengambil SPM dan tingkatan 6 mengambil STAM (hafazan Quran mengulang sendiri).
- Disiplin dan peraturan yang ketat.
- Dua kali melakukan kesalahan besar akan diminta pindah ke sekolah lain.
- Cuti hanya sekali dalam seminggu ( hari Ahad ).
- Tidak ada waktu "outing" ke bandar untuk pelajar.
- Mengambil cuti lebih awal atau lambat hantar pada waktu yang ditetapkan dikenakan bayaran.
- Mengambil cuti sendiri dikenakan bayaran RM 10 per hari.
- Wajib solat jemaah setiap waktu dan dilatih banyak solat sunat.
- Masa belajar siang bermula jam 5 pagi hingga 5 petang.
- Masa belajar malam jam 8 hingga 10 malam.
- Tidak hadir belajar melebihi 30 hari waktu persekolahan dalam setahun atau tidak lulus peperiksaan akhir tahun, pelajar boleh dikenakan tindakan tidak naik kelas.
- Dua tahun tidak naik kelas pelajar diwajibkan pindah sekolah lain.
- Wajib hafal quran sekurang-kurangnya 10 juzuk dalam masa 6 tahun.
- Wajib hafal hadis sekurang-kurangnya 120 hadis dalam masa 6 tahun.
- Pelajar tingkatan 5 dan 6 dikenakan praktik mengajar pelajar tingkatan 1 dan 2.
- Menziarahi anak hanya 1 kali sebulan iaitu pada hari Ahad minggu ketiga atau keempat.
- Dilarang membawa handset / barang elektronik, rokok dan seumpamanya ke maahad.
- MABIQ bukan tempat pelajar jahat, manja, degil dan berlagak sombong.
- MABIQ tempat pelajar yang sabar dan taat menghadapi kesusahan dalam mengikuti tarbiyah dan latihan kehidupan.
PERATURAN PENJAGA
- Tidak dibenarkan terlalu kerap menziarahi anak kecuali sebulan sekali.
- Tidak dibenarkan memberi handset kepada anak atau pelajar lain.
- Penjaga boleh berbincang dengan pengetua di pejabat (masa kerja) bukan melalui handphone.
- Tidak dibenarkan selalu mengambil cuti kerana hal ehwal keluarga.
- Tidak dibenarkan menambah cuti sendiri.
- Tidak membekalkan makanan ringan seperti maggi dan lain-lain.
- Penjaga dikehendaki lebih percaya pada keterangan guru daripada keterangan anak-anak,
- Membayar RM 10.00 per hari kerana mengambil cuti sendiri.
- Membayar RM 5.00 kerana mengambil awal / hantar lewat bukan pada waktu yang ditetapkan.