Thursday, May 23, 2019

LAPORAN MESYUARAT PENYELARASAN UPACARA PEMAKAMAN ALMARHUM SULTAN HAJI AHMAD SHAH

Laporan Mesyuarat Penyelarasan Upacara Pemakaman Tuanku Paduka Ayahanda

Pergerakan jenazah
1. Jenazah dimandi dan dikafankan di Istana Negara
2. Jenazah dijangka tiba di TUDM Kuantan jam 4.00 petang
3. Jenazah terus dibawa ke Istana Abu Bakar, Pekan dan ditempatkan di Balairong Seri
4. Jenazah akan dibawa ke masjid bersebelahan makam diraja selepas zohor dan akan disembahyangkan di sana
5. Upacara pemakaman akan bermula selepas itu
6. Ziarah orang awam bermula malam ini sehingga jam 11.00 pagi esok
7. Bermula jam 11.00 pagi, ziarah terdiri daripada kerabat-kerabat dan VVIP


Etika pakaian semasa upacara dan tempoh berkabung
1. Baju melayu serba hitam
2. Samping hitam
3. Songkok berlilit kain putih
4. Jubah hitam dan tudung hitam bagi wanita

Arahan / keputusan mesyuarat
1. Bendera Pahang dikibar separuh tiang. Bagi bendera Malaysia akan dimaklumkan kemudian
2. Esok diisytihar sebagai hari cuti bagi negeri Pahang
3. Semua aktiviti berbentuk hiburan hendaklah dihentikan (3 hari)
4. Tempoh hari berkabung ialah 40 hari
5. Tahlil diadakan disemua masjid di negeri Pahang selama 3 hari bermula malam ini
6. Semua DO dillantikmenjadi LO bersama exco kepada Sultan/Raja negeri-negeri. DO Cameron Highlands bersama YB Pegawai Kewangan Negeri dilantik menjadi LO kepada Sultan Kedah
7. Semua Ketua Jabatan dan DO diijemput untuk hadir menyambut jenazah di TUDM jam 4.00 petang
8. Semua DO diminta untuk berada di Pekan bermula pada petang ini
9. Bilik Gerakan upacara adalah di MUIP, Pekan