23/11/2021 SELASA
Alhamdulillah, pelajar telah selesai melakukan sujud syukur setelah tamat peperiksaan akhir tahun akademik Mabiq 2021.
Usaha, Doa, dan Tawakal. Semoga kejayaan menjadi milik pelajar sekalian.
Firman Allah dalam Surah ar-Rad ayat 11 yang bermaksud:-
“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan suatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri.”
Ayat ini menyuratkan bahawa pentingnya seseorang itu berusaha dalam membuat dirinya dan keadaan sekelilingnya menjadi lebih baik. Bahkan, Allah akan menunggu sehingga orang tersebut ingin berubah sebelum membuka jalan kepadanya.