Wednesday, February 11, 2015

PELUANG MENAMBAH SAHAM AKHIRAT
WAKAF TANAH DAN BANGUNAN




Assalamualaikum

Tuan / puan yang dihormati, terlebih dahulu kami memperkenalkan bahawa Maahad Bahasa dan Ilmu Al-Quran atau ringkasnya MABIQ adalah Maahad Tahfiz Al-Quran dan Akademik Kebajikan untuk anak-anak yatim dan fakir miskin.

Sukacita dimaklumkan bahawa MABIQ kini sedang mendirikan sebuah bangunan serbaguna 3 tingkat untuk kemudahan pelajar menghafal Al-Quran, asrama, dewan kuliah dan lain-lain. Kami dengan hormatnya mengalu-alukan tuan / puan membeli saham akhirat untuk bangunan di maahad kami yang memerlukan perbelanjaan RM 600,000.00 (Enam Ratus Ribu Ringgit Sahaja) di MABIQ Pantai Sepat, Lot 2087 Jalan Pantai, Kampung Sepat, 26060 Kuantan, Pahang Darul Makmur Malaysia.

AKAD WAQAF : Bismillahirahmanirrahim, adalah saya dengan ini membeli tanah atau bangunan ini sebanyak __________ kaki RM : ___________ dan saya wakafkan kepada Maahad Bahasa dan Ilmu Al-Quran ( MABIQ) kerana Allah Taala.


TAWARAN MEMBELI DAN MEWAKAFKAN REHAL





KURSUS MENGHAFAZ AL-QURAN 
PERINGKAT SARINGAN NEGERI PAHANG
PADA 3-6 FEBRUARI 2015 DI HOTEL MS GARDEN





MAJLIS TILAWAH AL-QURAN DAN NASYID NEGERI PAHANG
YANG DIADAKAN DI DEWAN MABIQ PANTAI SEPAT PADA 31.01.2015

JUARA BAGI KATEGORI HAFAZAN PERINGKAT MENENGAH, MUHAMMAD ADLI BIN ISMAIL




\


JUARA BAGI KATEGORI TILAWAH MENENGAH , MOHAMAD AIMAN IKRAM BIN ABDUL RAZAK
PELAJAR TINGKATAN TIGA, MAAHAD BAHASA DAN ILMU AL-QURAN






Thursday, December 25, 2014

TEMUDUGA KE-2 PADA 30 DIS 2014



BAGI IBU BAPA YANG BERMINAT MENDAFTAR ANAK-ANAK TUAN PUAN BOLEHLAH HADIR PADA TARIKH 30 DISEMBAR 2014 INI BAGI TUJUAN TEMUDUGA MASUK UNTUK TAHUN 2015 TINGKATAN 1. SYARAT-SYARATNYA ADALAH:
1. TERBUKA KEPADA PELAJAR LELAKI BERUMUR 13 TAHUN
2. KEPUTUSAN UPSR 2A 3B
3. BOLEH MEMBACA AL-QURAN DENGAN BAIK
4. BERMINAT MENGHAFAL AL-QURAN

SENARAI KEPERLUAN MAAHAD DAN ASRAMA (DISEDIAKAN OLEH PENJAGA)
BIL JENIS KEPERLUAN KUANTITI CATATAN KEGUNAAN
1 Jubah Putih Berkolar  2 Sendiri Kelas harian
2 Jubah Putih RASMI MABIQ 1                   RM 75 Beli di Koperasi MABIQ Digunakan untuk program rasmi, Jumaat dan keluar masuk asrama
3 Baju Melayu Sepasang Putih Lengkap Bersongkok 1 Sendiri Digunakan untuk acara / aktiviti / program rasmi
4 Kain Sampin
1 Beli di Koperasi MABIQ


5 Seluar Panjang Trek  2 Sendiri Masa bermain
6 Seluar Panjang Slack Gelap 1 Sendiri Acara Rasmi, Keluar Masuk Asrama
7 T-Shirt (tiada tulisan /lambang/gambar yang tidak sepatutnya) 3 Sendiri Harian tidak rasmi
8 Kain Pelekat 2 Sendiri
9 Kain Basahan 1 Sendiri Mandi
10 Kopiah (warna putih) 2 Beli di Koperasi MABIQ
11 Serban (warna putih ) 1 Beli di Koperasi MABIQ Kelas, solat, acara rasmi
12 Kasut sukan dan stokin 1 Sendiri Ketika bersukan
13 Selipar 1 pasang Sendiri Dalam Kawasan MABIQ
14 Tuala 2 helai Sendiri Kegunaan Mandian
15 Cadar dan Sarung Bantal Putih 1 pasang Sendiri Kegunaan Waktu Tidur
16 Selimut, Bantal 1 set Sendiri Kegunaan Waktu Tidur
17 Baldi, Cebuk Mandi  1 set Sendiri Kegunaan Mandian
18 Alatulis (pen, pensil, pembaris, kotak pensil dll) 1 set Sendiri Kegunaan Belajar
19 Pinggan dan cawan
1 set Sendiri Kegunaan Belajar
20 Logo dan tag nama
1 set Beli di Koperasi MABIQ


* Semua jenis keperluan dan pakaian hendaklah diberi tanda dengan nama pelajar. Tidak meletakkan tanda nama adalah satu kesalahan.
PENTING :





Semua pelajar DILARANG membawa seluar jeans, handset atau alatan eletronik, kopiah hitam dan seluar sukan pendek @ singkat.









YURAN PENDAFTARAN 



    500.00

YURAN BULANAN MABIQ



    290.00









JUMLAH KESELURUHAN     790.00








PERHATIAN :





1) Bayaran yuran pendaftaran adalah termasuk pelajar baru dan lama.

2) Bagi pelajar yang mempunyai ibubapa / penjaga yang mampu, bayaran adalah
RM290.00 sahaja 





3) Bagi anak yatim dan fakir miskin yang sangat susah, bayaran adalah seikhlas hati 
(tiada bayaran yang ditetapkan) 




Featured Post

KEDATANGAN GURU BANTU DARI INDONESIA SESI 2025