Thursday, October 7, 2021

TAARUF GURU BARU

Ahlan wa Sahlan diucapkan kepada guru baru iaitu ustaz Munir dan ustazah Hazwani. Pihak MABIQ menerima kedatangan ustaz Munir dan ustazah Hazwani dengan tangan yang terbuka. Kami turut mengucapkan selamat menjalankan amanah yang diberi dengan penuh ikhlas dan melakukan yang terbaik dalam mendidik anak-anak pelajar di MABIQ.



PROGRAM SEMBANG SANTAI PELAJAR CEMERLANG SPM 2020 MABIQ DENGAN CALON SPM 2021

MABIQ telah berjaya menjalankan satu program khas untuk calon SPM 2021 yang akan menduduki Sijil Peperiksaan Menengah (SPM) pada tahun 2021.  Program ini bertujuan untuk memupuk motivasi diri dan membina semangat juang dalam kalangan pelajar tingkatan 5 agar menyedari kepentingan pelajaran pada masa kini. Semoga semua pelajar mendapat manfaat dan kebaikan daripada perkongsian yang baik daripada Ustaz Aiman Syah dan Ustaz Haikal Samim.





PROGRAM MOTIVASI JATI DIRI DAN HALA TUJU PRA-UNIVERSITI

Pihak pengurusan STAM MABIQ telah mengadakan program motivasi jati diri dan hala tuju bagi memantapkan jati diri pelajar dalam menuntut ilmu dan memberikan maklumat atau gambaran sebenar hala tuju pelajar selepas menduduki peperiksaan STAM.

Program ini terbahagi kepada 2 sesi iaitu motivasi jati diri dan hala tuju pra-U. Panel yang mengisi slot dalam setiap sesi program ini adalah guru yang  berpengalaman dalam bidang tersebut;

👨🏻‍🏫Sesi 1: Ruzlan Bin Abd Rahman ( GPK Pentadbiran, Kuliah Sultan Abu Bakar Pekan )

👨🏻‍🏫Sesi 2: Mohd Mishkatuddin Bin Baharuddin ( Guru MUET Dan Bahasa Inggeris, Kuliah Sultan Abu Bakar Pekan )





Tuesday, October 5, 2021

VAKSINASI PELAJAR TINGKATAN 4 & 5

Alhamdulillah. Proses vaksinasi pelajar MABIQ tingkatan 4 & 5 berjalan dengan lancar.

Pelajar- pelajar menerima suntikan vaksin di Wisma Belia, Kuantan Pahang. Sebahagian pelajar telah menerima vaksin pada sesi pagi dan selebihnya pada sesi petang. Ribuan Terima Kasih diucapkan kepada semua yang terlibat atas kerjasama yang diberikan.
 







Featured Post

KEDATANGAN GURU BANTU DARI INDONESIA SESI 2025