Sunday, November 22, 2009

KENANGAN PERGI KE DINO-TREK


10 NOVEMBER 2009
KENANGAN PERGI KE DINO-TREK (PETROSAINS) DI YAYASAN PAHANG.

Tuesday, November 10, 2009

Kunjungan SMK Seri Bentong


Pada 24 OKT 2009 yang lalu , SMK Seri Bentong telah mengadakan lawatan ke MaBIQ .Malam semalam sebelum lawatan ini , SMK Seri Bentong telah menjemput MaBIQ ke De Rhu Beach Resort untuk menikmati makan malam di sana . Keesokan harinya barulah SMK Seri Bentong mengadakan lawatan ke MaBIQ . Dengan kehadiran SMK Seri Bentong , mereka telah mengindahkan kawasan laman MaBIQ dengan pelbagai jenis tanaman bunga . Selain itu , SMK Seri Bentong juga telah mengadakan program di MaBIQ seperti memasak bersama-sama ,bermain futsal bersama pelajar MaBIQ dan lain-lain lagi . MaBIQ sangat berbesar hati atas kehadiran SMK Seri Bentong kerana telah menceriakan pelajar dan laman MaBIQ .

Thursday, November 5, 2009

Lokasi MABIQ


Lot 29738, Kampung Peramu, Tanjung Lumpur, 26060 Kuantan, Pahang.

Friday, October 30, 2009

MAJLIS ANJURAN GEMS DI CHERATING









Pada 29 Ogos 2009, GEMS telah menjemput anak-anak MABIQ ke majlis berbuka puasa yang telah diadakan di Cherating. Namun, dalam perjalanan yang memakan masa lebih kurang satu jam, bas kami rosakl di tengah-tengah bandar kuantan menyebabkan kesesakkan lalulintas. Mujurlah ada stesen minyak berdekatan lalu kami beli apa yang patut untuk berbuka puasa di dalam bas. Alhamdulillah kami tiba di sana sekitar jam 8 malam. Majlis anjuran GEMS itu juga dihadiri anak-anak yatim yang lain di sekitar Kuantan. Pada majlis tersebut kami telah menyampaikan dua buah lagu nasyid. Majlis bersurai setelah pihak GEMS memberi sumbangan duit raya dan hamper kepada setiap pelajar.

PROGRAM SEHARI BERSAMA KIPSAS DI MABIQ








Program anjuran KIPSAS ini diadakan pada 6 Sept 2009. Program yang bermula jam 2 petang dan berakhir hampir jam 12 mlm itu melibatkan lebih kurang 30 pelajar KIPSAS. Pelbagai aktiviti yang diadakan dengan tujuan menimbulkan kesedaran kepada setiap pelajar agar menghargai kehidupan di dunia ini serta menjadi muslim yang bertanggungjawab. Bukan sahaja seluruh kawasan MABIQ dibersihkan bersama-sama pelajar MABIQ malah hidangan untuk berbuka juga dimasak sendiri oleh pelajar KIPSAS. Kami semua sangat gembira dan menghargai program ini.

SUMBANGAN BAJU RAYA DARI KLINIK KELUARGA MUIP

Pada 29 Ogos 2009 yang lalu, pihak Klinik Keluarga Al-Farabi, Kuantan, Pahang telah bermurah hati memperuntukkan sejumlah wang bagi membeli baju raya anak-anak MABIQ. Mereka telah dibawa ke gedung Kamdar Kuantan bagi tujuan tersebut. Bagi anak-anak MABIQ pengalaman ini tidak akan dilupakan sampai bila-bila kerana ada di antara anak-anak ini tidak pernah berpakaian raya lengkap bersampin dan songkok. Setelah balik dari membeli-belah, mereka diberi hamper setiap seorang berupa beg, air zam zam dll.

Featured Post

LAPORAN AKTIVITI KOKURIKULUM (KELAB & PERSATUAN)