Thursday, August 20, 2020

SEMINAR PENDIDIKAN AL-QURAN DAN AL-SUNNAH ( PQS )

 Khamis - 20.08.2020 : 03.00 petang

Seminar Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah yang disampaikan oleh ketua pemeriksa SPM Pahang (PQS) - Ustazah Fairuz
Seminar ini diadakan di MABIQ Pantai Sepat dan bagi pelajar yang tidak dapat hadir atas masalah kesihatan, mereka mengikutinya melalui "Live Online"



PROSES PEMBERSIHAN MAAHAD MENGIKUT S.O.P YANG DITETAPKAN

MABIQ KHAMIS 20 OGOS 2020. Terima kasih banyak kpd semua pengurusan MABIQ Pantai Sepat Kuantan dan Madrasah Al-Fatihah Bkt Genting Jerantut yg bertungkus lumus membersihkan maahad dan mematuhi SOP. Allahlah sebaik-baik pemberi balasan.






SALAM MAAL HIJRAH 1442H / 2020

REPOST DARI : https://theinspirasi.my/pantun-dan-ucapan-maal-hijrah/

Setiap kali tibanya Tahun Baru Hijrah, pastinya ada dalam kalangan kita yang akan mengucapkan pantun atau ucapan Maal Hijrah atau dikenali juga sebagai Awal Muharam.

Selain daripada bacaan doa akhir tahun dan awal tahun, ucapan atau pantun Maal Hijrah juga sebagai satu tanda kesyukuran dengan tibanya tahun baru Islam Hijrah. Ia merupakan ingatan terhadap lambang pengorbanan dan perpaduan ummat Islam di atas segala perjuangan baginda Rasulullah s.a.w serta Para Sabahat yang telah melakukan Hijrah melalui perintah Allah S.W.T.

Tema sambutan Ma’al Hijrah di Malaysia pada 2020M/1442H ialah “Ummah Rabbani, Negara Harmoni.” Pemilihan tema ini mengandungi 3 komponen utama iaitu pembangunan modal insan, pembudayaan ilmu dan pengukuhan pengurusan. Ia akan membentuk negara harmoni apabila ketiga-tiga komponen ini dihimpunkan.

Semoga dengan tibanya tahun baru Hijrah dapat membawa perubahan dan setiap diri kita untuk berhijrah kepada sesuatu yang lebih baik dalam kehidupan.


KULIAH MAGHRIB AWAL MUHARRAM

 

SUMBANGAN DARI HAMBA ALLAH

TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA PEMBERI SUMBANGAN UNTUK MAAHAD KAMI, HANYA ALLAH YANG DAPAT MEMBALAS KEBAIKAN TUAN / PUAN INI. SEMOGA ALLAH MURAHKAN REZEKI TUAN / PUAN DAN DIPERMUDAHKAN SEGALA URUSAN.. AMEEN INSHA ALLAH 






Monday, August 17, 2020

Featured Post

LAPORAN AKTIVITI KOKURIKULUM (KELAB & PERSATUAN)