Thursday, August 20, 2020

SALAM MAAL HIJRAH 1442H / 2020

REPOST DARI : https://theinspirasi.my/pantun-dan-ucapan-maal-hijrah/

Setiap kali tibanya Tahun Baru Hijrah, pastinya ada dalam kalangan kita yang akan mengucapkan pantun atau ucapan Maal Hijrah atau dikenali juga sebagai Awal Muharam.

Selain daripada bacaan doa akhir tahun dan awal tahun, ucapan atau pantun Maal Hijrah juga sebagai satu tanda kesyukuran dengan tibanya tahun baru Islam Hijrah. Ia merupakan ingatan terhadap lambang pengorbanan dan perpaduan ummat Islam di atas segala perjuangan baginda Rasulullah s.a.w serta Para Sabahat yang telah melakukan Hijrah melalui perintah Allah S.W.T.

Tema sambutan Ma’al Hijrah di Malaysia pada 2020M/1442H ialah “Ummah Rabbani, Negara Harmoni.” Pemilihan tema ini mengandungi 3 komponen utama iaitu pembangunan modal insan, pembudayaan ilmu dan pengukuhan pengurusan. Ia akan membentuk negara harmoni apabila ketiga-tiga komponen ini dihimpunkan.

Semoga dengan tibanya tahun baru Hijrah dapat membawa perubahan dan setiap diri kita untuk berhijrah kepada sesuatu yang lebih baik dalam kehidupan.


Featured Post

LAPORAN AKTIVITI KOKURIKULUM (KELAB & PERSATUAN)