Saturday, October 30, 2021

GOTONG ROYONG DASAR DIDIKAN KEPRIBADIAN

Alhamdulillah berkat usaha dan kudrat anak-anak pelajar serta guru-guru MABIQ, kawasan maahad kelihatan bersih . Insha ALLAH dengan adanya aktiviti-aktiviti seperti ini dapat memupuk semangat kerjasama serta rasa bertanggungjawab dalam diri pelajar serta guru. Semoga ukhwah yang terlajin kekal erat tanpa ada penghujung.

Allah Swt dalam Al-Quran berfiman:

«وَ تَعاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَ التَّقْوى‏ وَ لا تَعاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَ الْعُدْوان»

"Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebaikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran." (Qs Al-Maidah [5]: 2)








SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

Kemasukan fasa 1 yang melibatkan pelajar tingkatan 5 & 6. Semoga ALLAH melindungi semua pelajar dan guru-guru dari segala yang tidak diingini.






Thursday, October 21, 2021

SANITASI MABIQ DIJALANKAN, IBU BAPA TIDAK PERLU RISAU UNTUK HANTAR ANAK-ANAK KEMBALI KE MAAHAD

Terima kasih diucapkan kepada tenaga pengajar MABIQ kerana sanggup mengorbankan masa dan tenaga untuk sama-sama kita berusaha dalam membasmi virus corona. 




 

TEMUDUGA FASA 1 KEMASUKAN PELAJAR BARU TINGKATAN 1 SESI 2021

Telah selesai temuduga fasa 1 kemasukan pelajar baru tingkatan 1 sesi 2022 yang berlangsung pada 20 Oktober 2021 (Rabu) secara atas talian. Tahniah diucapkan kepada semua calon kerana telah melakukan yang terbaik dan terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat atas kerjasama yang sangat baik. Alhamdulillah.




 

Tuesday, October 19, 2021

PROGRAM WEBINAR SERANTAU: KELESTARIAN PENDIDIKAN TAHFIZ ASIA TENGGARA PASCA COVID-19

Program Webinar serantau anjuran persatuan madrasah tahfiz Al-Quran Malaysia, Universiti Sultan Azlan Shah dihadiri warga MABIQ termasuk ibubapa, anak-anak pelajar MABIQ serta guru-guru. Program ini bertujuan menambah keilmuan tentang Tahfiz di Asia Tenggara. Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat dalam perkongsian ilmu yang bernilai ini.







SALAM MAULIDUR RASUL 1443 H





 

Friday, October 8, 2021

TAHNIAH AHMAD MUSYRIF BIN MOHD ANUAR KERANA MENDAPAT TEMPAT KETIGA DALAM LIGA HAFAZAN PERINGKAT NEGERI PAHANG

Pihak MABIQ menzahirkan ucapan tahniah kepada Ahmad Musyrif Bin Mohd Anuar kerana berjaya mendapat tempat ketiga dalam liga hafazan peringkat Negeri Pahang bawah kategori menengah 5 Juzuk, 13-15 tahun (lelaki). 

 

Beliau mendapat markah 94.45%

PERTANDINGAN LIGA HAFAZAN

Bermula 17/08/2021 (Selasa) sehingga 20/08/2021 (Jumaat) pihak MaBIQ telah menghantar 4 orang pelajar bagi mewakili pertandingan Liga Hafazan anjuran MTNP & Yayasan Pahang. 





Thursday, October 7, 2021

TAARUF GURU BARU

Ahlan wa Sahlan diucapkan kepada guru baru iaitu ustaz Munir dan ustazah Hazwani. Pihak MABIQ menerima kedatangan ustaz Munir dan ustazah Hazwani dengan tangan yang terbuka. Kami turut mengucapkan selamat menjalankan amanah yang diberi dengan penuh ikhlas dan melakukan yang terbaik dalam mendidik anak-anak pelajar di MABIQ.



PROGRAM SEMBANG SANTAI PELAJAR CEMERLANG SPM 2020 MABIQ DENGAN CALON SPM 2021

MABIQ telah berjaya menjalankan satu program khas untuk calon SPM 2021 yang akan menduduki Sijil Peperiksaan Menengah (SPM) pada tahun 2021.  Program ini bertujuan untuk memupuk motivasi diri dan membina semangat juang dalam kalangan pelajar tingkatan 5 agar menyedari kepentingan pelajaran pada masa kini. Semoga semua pelajar mendapat manfaat dan kebaikan daripada perkongsian yang baik daripada Ustaz Aiman Syah dan Ustaz Haikal Samim.





PROGRAM MOTIVASI JATI DIRI DAN HALA TUJU PRA-UNIVERSITI

Pihak pengurusan STAM MABIQ telah mengadakan program motivasi jati diri dan hala tuju bagi memantapkan jati diri pelajar dalam menuntut ilmu dan memberikan maklumat atau gambaran sebenar hala tuju pelajar selepas menduduki peperiksaan STAM.

Program ini terbahagi kepada 2 sesi iaitu motivasi jati diri dan hala tuju pra-U. Panel yang mengisi slot dalam setiap sesi program ini adalah guru yang  berpengalaman dalam bidang tersebut;

👨🏻‍🏫Sesi 1: Ruzlan Bin Abd Rahman ( GPK Pentadbiran, Kuliah Sultan Abu Bakar Pekan )

👨🏻‍🏫Sesi 2: Mohd Mishkatuddin Bin Baharuddin ( Guru MUET Dan Bahasa Inggeris, Kuliah Sultan Abu Bakar Pekan )





Tuesday, October 5, 2021

VAKSINASI PELAJAR TINGKATAN 4 & 5

Alhamdulillah. Proses vaksinasi pelajar MABIQ tingkatan 4 & 5 berjalan dengan lancar.

Pelajar- pelajar menerima suntikan vaksin di Wisma Belia, Kuantan Pahang. Sebahagian pelajar telah menerima vaksin pada sesi pagi dan selebihnya pada sesi petang. Ribuan Terima Kasih diucapkan kepada semua yang terlibat atas kerjasama yang diberikan.
 







Featured Post

LAPORAN AKTIVITI KOKURIKULUM (KELAB & PERSATUAN)