Monday, December 27, 2021

HARI PERTAMA PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN TAHFIZ 2021 (SYAFAWI AL-QURAN)

 Isnin

27 Disember 2021 / 22 Jamadilawal 1443H

Alhamdulillah, Ujian syafawi Al-Quran berjalan dengan lancar. Semoga anak-anak didik Mabiq Pantai Sepat dilapangkan dada, dipermudahkan urusan, dilepaskan kekakuan dari lisan mereka supaya lancar menjawab setiap soalan yang diajukan.





Saturday, December 25, 2021

PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN TAHFIZ 2021

 بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــم,

Semoga para pelajar Mabiq Pantai Sepat dilapangkan dada dan akal fikiran dalam menduduki peperiksaan akhir tahun tahfiz 2021 pada Isnin 27 Disember 2021/22 Jamadilawal 1443H.


 


Wednesday, December 1, 2021

UJIAN LISAN PENDIDIKAN AL-QURAN DAN AS-SUNNAH

 Hari terakhir ujian lisan bagi calon SPM. Bittaufiq wannajah diucapkan kepada semua calon SPM Mabiq yang akan menduduki ujian lisan bagi subjek Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah di SMK Gambang.






Tuesday, November 30, 2021

CALON MENDUDUKI UJIAN ORAL BAHASA ARAB DI SMK GAMBANG

Tepat jam 8.00 Pagi, calon MABIQ telah masuk ke bilik ujian masing-masing untuk menduduki ujian oral Bahasa Arab di SMK Gambang. Semoga para pelajar ditenangkan hati dalam menjawab setiap soalan yang diajukan.







Thursday, November 25, 2021

SUJUD SYUKUR SELEPAS HABIS PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN AKADEMIK MABIQ 2021

 23/11/2021 SELASA

Alhamdulillah, pelajar telah selesai melakukan sujud syukur setelah tamat peperiksaan akhir tahun akademik Mabiq 2021.

Usaha, Doa, dan Tawakal. Semoga kejayaan menjadi milik pelajar sekalian.

Firman Allah dalam Surah ar-Rad ayat 11 yang bermaksud:-
“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan suatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri.”

Ayat ini menyuratkan bahawa pentingnya seseorang itu berusaha dalam membuat dirinya dan keadaan sekelilingnya menjadi lebih baik. Bahkan, Allah akan menunggu sehingga orang tersebut ingin berubah sebelum membuka jalan kepadanya.







Tuesday, November 23, 2021

SOLAT BERJEMAAH & MENGHAFAZ AL-QURAN

Antara aktiviti pelajar pada waktu malam di Mabiq. Alhamdulillah, semoga hati mereka sentiasa terpelihara.

“Bacalah Al-Qur’an, karena ia akan datang pada hari kiamat memberikan syafaat kepada pembacanya.” (HR. Muslim)






PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN AKADEMIK MABIQ HARI KE-6

Alhamdulillah peperiksaan yang dijalankan semalam berjalan dengan lancar. Semoga ALLAH membalas kerja keras anak didik  Mabiq dengan kejayaan yang cemerlang. 

“Man Jadda Wa Jadda”, yang membawa maksud bahawa “Siapa yang berusaha, dia akan berjaya.”



Friday, November 19, 2021

PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN AKADEMIK MABIQ 2021 HARI KE-2 SEHINGGA HARI KE-5

Semoga pelajar-pelajar yang menduduki peperiksaan pada hari ini dilapangkan dada dan diberi ketenangan dalam menjawab peperiksaan.


Peperiksaan hari ke-2

Peperiksaan hari ke-3

Peperiksaan hari ke-4

Peperiksaan hari ke-5

Thursday, November 18, 2021

ULANGKAJI SEBELUM MENJAWAB PEPERIKSAAN

 Pelajar membuat persediaan sebelum masuk ke dewan peperiksaan. Semoga kesungguhan ini dibalas dengan kejayaan yang cemerlang buat anak-anak didik Mabiq. 






 

#peperiksaan #Mumtaz #maahadtahfiz #peperiksaanakademik


Monday, November 15, 2021

PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN AKADEMIK MABIQ 2021

Selamat maju jaya diucapkan kepada semua calon yang menduduki peperiksaan akhir tahun akademik MaBIQ 2021. Semoga kejayaan milik kalian.









 

TAKLIMAT PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN AKADEMIK MABIQ 2021

Sesi taklimat peperiksaan akhir tahun akademik MaBIQ 2021. Terima kasih diucapkan kepada semua kakitangan dan pelajar yang terlibat dalam menjayakan majlis ini.


 

Saturday, November 13, 2021

PENGABUSAN NYAMUK (FOGGING) DI SELURUH KAWASAN MAAHAD

Alhamdulillah, selesai pengabusan nyamuk (fogging) di seluruh kawasan MaBIQ Pantai Sepat oleh Pejabat Kesihatan Daerah Kuantan. Semoga usaha ini dapat melindungi warga MaBIQ daripada segala penyakit yang tidak diingini.

"Mencegah lebih baik daripada mengubati"



Monday, November 8, 2021

JAWATAN KOSONG DI MABIQ, KUANTAN

Kami membuka 4 tawaran jawatan kepada sesiapa sahaja yang berkelayakan dan berminat untuk menyertai keluarga MaBIQ. Permohonan tuan/puan amat dialu-alukan. 


PEMBANTU RESTORAN DIPERLUKAN!
👨‍🍳 Jawatan yang ditawarkan ialah Pembantu restoran
👨‍🍳 Gaji RM1500 Sebulan + KWSP + SOCSO
👨‍🍳 Pemohon hendaklah menghantar surat permohonan dan resume ke no WhatsApp :
      Ustazah Umee Ruziani binti Ab Ghani : https://wa.link/jxwkbi
👨‍🍳 Syarat-syarat dan kelayakan adalah seperti yang di tetapkan
👨‍🍳 Sebarang pertanyaan, bolehlah menghubungi terus Ustazah Umee seperti nombor yang tertera.
💥Mohon sekarang dan pastikan anda share ke group-group lain untuk rakan-rakan dan saudara mara anda yang sedang mencari kerja💥


RUNNER RESTORAN DIPERLUKAN!

🛵 Jawatan yang ditawarkan ialah runner restoran
🛵 Gaji RM1200 Sebulan + KWSP + SOCSO
🛵 Pemohon hendaklah menghantar surat permohonan dan resume ke maklumat email dan whatsapp 
Ustazah Umee Ruziani binti Ab Ghani : mywa.link/k5c1z4pt
🛵 Syarat-syarat dan kelayakan adalah seperti yang di tetapkan
🛵 Sebarang pertanyaan, bolehlah menghubungi terus Ustazah Umee seperti nombor yang tertera
💥Mohon sekarang dan pastikan anda share ke group-group lain untuk rakan-rakan dan saudara mara anda yang sedang mencari kerja💥


PART TIME RESTORAN DIPERLUKAN!
👨‍🍳 Jawatan yang ditawarkan ialah Pembantu restoran
👨‍🍳 Gaji RM65 Sehari
👨‍🍳 Pemohon hendaklah menghantar surat permohonan dan resume ke no WhatsApp :
      Ustazah Umee Ruziani binti Ab Ghani : mywa.link/kcauz7yc
👨‍🍳 Syarat-syarat dan kelayakan adalah seperti yang di tetapkan
👨‍🍳 Sebarang pertanyaan, bolehlah menghubungi terus Ustazah Umee seperti nombor yang tertera.
💥Mohon sekarang dan pastikan anda share ke group-group lain untuk rakan-rakan dan saudara mara anda yang sedang mencari kerja💥


GURU HAFIZ AL QURAN DI MAAHAD BAHASA DAN ILMU AL-QURAN (MABIQ)

👨‍🏫 Jawatan yang ditawarkan ialah Guru Hafiz Al-Quran

👨‍🏫 Gaji RM1600 + KWSP + SOCSO

👨‍🏫 Pemohon hendaklah menghantar surat permohonan dan resume ke no WhatsApp pengetua :

      Ustazah Umee Ruziani binti Ab Ghani : https://wa.link/ky8ni6

👨‍🏫 Syarat-syarat dan kelayakan adalah seperti yang di tetapkan

👨‍🏫 Sebarang pertanyaan, boleh menghubungi Puan Pengetua seperti nombor yang tertera.

💥Mohon sekarang dan pastikan anda share ke group-group lain untuk rakan-rakan dan saudara mara anda yang sedang mencari kerja💥

Tuesday, November 2, 2021

SOLAT SUBUH BERJEMAAH & LATIHAN TAZKIRAH

27 Oktober 2021 I Rabu I 6.44 a.m

Dengan izinnya, selesai solat subuh berjemaah serta latihan tazkirah bersama anak-anak syurga tingkatan 5 & 6 setelah hampir 6 bulan MaBIQ tidak dapat beroperasi kerana PKP. Alhamdulillah, ALLAH pinjamkan kembali nikmat kegembiraan dalam mencipta kenangan di MaBIQ. Semoga proses pendidikan ini dapat membantu pelajar untuk memimpin di luar sana pada suatu hari nanti InsyaAllah.





Saturday, October 30, 2021

GOTONG ROYONG DASAR DIDIKAN KEPRIBADIAN

Alhamdulillah berkat usaha dan kudrat anak-anak pelajar serta guru-guru MABIQ, kawasan maahad kelihatan bersih . Insha ALLAH dengan adanya aktiviti-aktiviti seperti ini dapat memupuk semangat kerjasama serta rasa bertanggungjawab dalam diri pelajar serta guru. Semoga ukhwah yang terlajin kekal erat tanpa ada penghujung.

Allah Swt dalam Al-Quran berfiman:

«وَ تَعاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَ التَّقْوى‏ وَ لا تَعاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَ الْعُدْوان»

"Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebaikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran." (Qs Al-Maidah [5]: 2)








Featured Post

LAPORAN AKTIVITI KOKURIKULUM (KELAB & PERSATUAN)