Monday, March 28, 2016

SUKAN KEBAJIKAN ANAK YATIM (SUKYA) PERINGKAT NEGERI PAHANG - BADMINTON

Alhamdulillah.. MABIQ telah mendapat juara dalam pertandingan badminton bagi beregu lelaki.
Tahniah kepada Muhammad Hariz Adhan bin Muhd Aseri dan Muhammad Najmuddin bin Norazman atas kejayaan tersebut dan seterusnya layak untuk ke peringkat kebangsaan.



Monday, March 14, 2016

KELAS BAHASA ARAB DI RUANG LEGAR MABIQ :)




RESTORAN MABIQ

Restoran MABIQ mula ditubuhkan pada 1 Januari 2010. Tempat makan restoran ini pada asalnya adalah tempat makan pelajar-pelajar Hafiz Al-Quran. Oleh kerana masalah kewangan MABIQ yang sangat terdesak pada ketika itu, MABIQ terpaksa mengadakan jualan makanan pada orang ramai dengan niat 100% keuntungan disedekahkan kepada pendidikan dan pembangunan Maahad Tahfiz MABIQ.

Alhamdulillah, sejak Mac 2010 melalui program TV3 "Jalan-Jalan Cari Makan" progtam TV9 "Menu Alam" dan program TV AL-HIJRAH, Restoran MABIQ mula mendapat perhatian dan sokongan orang ramai.

PENGENALAN MABIQ TERKINI

Maahad Bahasa dan Ilmu Al-Quran atau MABIQ adalah sebuah maahad tahfiz Al-Quran, akademik dan kemahiran yang berkonsepkan kebajikan kepada anak-anak yatim dan fakir miskin.

Ditubuhkan pada 3 Januari 2007 di atas Lot 29738, Kampung Peramu Tanjung Lumpur Kuantan Pahang yang berkeluasan tidak sampai 1/4 ekar. Ia diasaskan oleh Ustaz Jamaluddin bin Abdul Jabbar dan isterinya Ustazah Umee Ruziani binti Ab Ghani.

Pada 13 Jun 2011 MABIQ membuka sebuah lagi cawangan atas nama Madrasah Al-Fatihah di Kampung Bukit Genting Tebing Tinggi Jerantut, Pahang. Dan pada 1 Januari 2013, MABIQ membuka cawangan ketiga di Kampung Sepat Penor Kuantan, Pahang atas nama MABIQ Pantai Sepat.

Kini (Mac 2015) MABIQ mempunyai lebih 125 pelajar, 8 orang guru sepenuh masa, 4 orang guru akademik separuh masa, 5 orang guru pakar SPM jemputan, 7 orang kakitangan pentadbiran dan 22 orang kakitangan restoran.

PROGRAM TABAYYUN DI ASTRO OASIS..

Pada 11. 03. 2016 pengetua MABIQ, Ustaz Jamaluddin bin Abdul Jabbar telah dijemput oleh pihak Astro Oasis sebagai ahli panel dalam program Tabayyun dalam membincangkan tajuk, Pondok dan Tahfiz : Wajarkah Dua Entiti Ini Dimodenkan dan Diarusperdanakan ?. Program ini berlansung selama satu jam dan juga bersama jemputan Pensyarah UIAM iaitu Dr. Maszlee bin Malik. 






KEJAYAAN PELAJAR MABIQ DALAM PEPERIKSAAN SPM 2015

Alhamdulillah dengan berkat menghafaz al-Quran, pelajar-pelajar MABIQ yang menduduki peperiksaan SPM tahun 2015 telah mendapat keputusan yang baik dan lulus kesemuanya serta layak mendapat sijil. Sebahagian daripada mereka adalah hafiz 30 juzuk dan mereka juga tidak pernah menduduki mana-mana peperiksaan umum sebelum ini. Tahniah kepada pelajar-pelajar kita.. :)


Wednesday, March 2, 2016

Banguna kelas tiga tingkat yang dibina hampir 90% siap di MABIQ Pantai Sepat





Terima kasih banyak-banyak kepada yang menderma untuk membangunkan bangunan kelas ini.

Semoga derma yang diberikan ini diangkat oleh Allah sebagai jariah yang pahalanya mengalir sepanjang zaman.. Insya-Allah..Ameen..

Featured Post

LAPORAN AKTIVITI KOKURIKULUM (KELAB & PERSATUAN)