Pada 29 Ogos 2009, GEMS telah menjemput anak-anak MABIQ ke majlis berbuka puasa yang telah diadakan di Cherating. Namun, dalam perjalanan yang memakan masa lebih kurang satu jam, bas kami rosakl di tengah-tengah bandar kuantan menyebabkan kesesakkan lalulintas. Mujurlah ada stesen minyak berdekatan lalu kami beli apa yang patut untuk berbuka puasa di dalam bas. Alhamdulillah kami tiba di sana sekitar jam 8 malam. Majlis anjuran GEMS itu juga dihadiri anak-anak yatim yang lain di sekitar Kuantan. Pada majlis tersebut kami telah menyampaikan dua buah lagu nasyid. Majlis bersurai setelah pihak GEMS memberi sumbangan duit raya dan hamper kepada setiap pelajar.
Friday, October 30, 2009
PROGRAM SEHARI BERSAMA KIPSAS DI MABIQ
Program anjuran KIPSAS ini diadakan pada 6 Sept 2009. Program yang bermula jam 2 petang dan berakhir hampir jam 12 mlm itu melibatkan lebih kurang 30 pelajar KIPSAS. Pelbagai aktiviti yang diadakan dengan tujuan menimbulkan kesedaran kepada setiap pelajar agar menghargai kehidupan di dunia ini serta menjadi muslim yang bertanggungjawab. Bukan sahaja seluruh kawasan MABIQ dibersihkan bersama-sama pelajar MABIQ malah hidangan untuk berbuka juga dimasak sendiri oleh pelajar KIPSAS. Kami semua sangat gembira dan menghargai program ini.
SUMBANGAN BAJU RAYA DARI KLINIK KELUARGA MUIP
Thursday, October 29, 2009
Thursday, October 22, 2009
Monday, October 19, 2009
TERIMA KASIH BANYAK2!!!!!

Tiada kata yang lebih bermakna selain ucapan terima kasih banyak2 kepada semua penderma ynag berhati mulia yang telah menderma untuk pembangunan MABIQ, makan minum para pelajar, belanja pendidikan dan lain-lain lagi. Alhamdulillah pengurusan MABIQ sudah mampu mempunyai dua orang guru tambahan bagi mengajar pelajaran akademik menjadikan semuanya 4 orang guru; 2 guru hafiz dan 2 guru akademik. Perkembangan ini sangat membantu para pelajar agar tidak ketinggalan dalam menguasai bukan sahaja ilmu fardhu ain malah fardhu kifayah.
Begitu juga pengurusan bagi membangunkan surau, bilik penginapan guru dan dewan makan, Alhamdulillah, lebih kurang 70% sudah siap. Terima kasih banyak-banyak.. Namun begitu, sokongan kuat daripada semua pihak secara berterusan sangat kami harapkan agar pendidikan tahfiz anak-anak MABIQ ini berjaya.
Akhir kata, kami semua di sini mendoakan agar Allah memberkati, memudahkan segala urusan tuan/puan dan kita semua sentiasa dalam redho-Nya, amin, amin ya rabbal alamin..
Akhir kata, kami semua di sini mendoakan agar Allah memberkati, memudahkan segala urusan tuan/puan dan kita semua sentiasa dalam redho-Nya, amin, amin ya rabbal alamin..
Thursday, October 15, 2009
SUMBANGAN DARI TENGKU PUTERI PAHANG
Majlis penyampaian sumbangan oleh YAM Tengku Puteri Lela Wangsa Pahang Tungku Tan Sri Hajjah Meriam Binti Sultan Haji Ahmad Shah
(Pengerusi Pergerakkan puteri Islam Malaysia PPIM Pahang)
(Pengerusi Pergerakkan puteri Islam Malaysia PPIM Pahang)
Pada 15 September 2009 Bersamaan 25 Ramadhan 1430H.
Berkenan mencemar Duli untuk menyampaikan sumbangan kepada anak yatim dan fakir miskin di MaBIQ.Kami amat berbesar hati menerima kunjungan Diraja ini dan kami berdoa segala jasa dan kebaikan yang dicurah akan mengalir sepanjang zaman.Aminn
Berkenan mencemar Duli untuk menyampaikan sumbangan kepada anak yatim dan fakir miskin di MaBIQ.Kami amat berbesar hati menerima kunjungan Diraja ini dan kami berdoa segala jasa dan kebaikan yang dicurah akan mengalir sepanjang zaman.Aminn
Wednesday, October 7, 2009
S7 BIKERS RAIKAN PELAJAR MABIQ.....
Pada 03 oktober bersamaan 14 syawal 1430 hijrah,seramai 16 orang anak yatim dan miskin dari Maahad Bahasa dan Ilmu Al quran (MABIQ) diraikan sempena Majlis Rumah Terbuka Bengkel De Surya Up Grade Mechanical. Mereka turut menerima sumbangan duit raya dan beg sekolah yang mengandungi keperluan pembelajaran. Turut memeriahkan majlis ialah pengurusnya, Dayang Hasmila Ramli dan P
engerusi S7 Bikers, Major (B), Naemat Mohamed.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Featured Post
KEDATANGAN GURU BANTU DARI INDONESIA SESI 2025

-
Alhamdulillah,,,bangunan kelas di MABIQ Pantai Sepat sudah siap sepenuhnya. Terima kasih banyak-banyak kepada penderma-p...
-
Assalamualaikum wbt😊 🔊🔊 Tawaran beribadah KORBAN & AQIQAH di Negara Cambodia kali ke 9 Tahun 2019 😊 🐂 1 BAHA...
-
Terima kasih yang tidak terhingga kepada Dato' Norida Hamzah yg sudi menjemput kami ke majlis perkahwinan anak sul...
-
Assalamualaikum.... Pada hari kemerdekaan baru-baru ini ( 31.08.2015 ), MABIQ telah mengadakan program sambutan kemerdekaan dengan pelbaga...
-
"Katakanlah lagi (kepadanya): "Adakah sama orang-orang yang mengetahu dengan orang-orang yang tidak mengetahui?" Sesunggu...