Monday, May 4, 2015

Kursus Metodologi & Psikologi Pendidikan Tilawatil Qur'anil Karim dan Pendidikan Islam



Alhamdulillah....Kursus Metodologi & Psikologi Pendidikan Tilawatil Qur'anil Karim dan Pendidikan Islam anjuran Maahad Bahasa dan Ilmu Al-Quran ( MABIQ) berjalan dengan baik dan lancar yang telah diadakan pada 2 Mei 2015 bertempat di Dewan MABIQ Pantai Sepat, Kuantan, Pahang.

Banyak maklumat berkaitan dengan pendidikan dan cara mengajar yang sangat berguna terutamanya kepada guru-guru, ustaz-ustaz, ustazah-ustazah dan juga orang awam yang disampaikan oleh pensyarah kursus, Ustaz Jamaluddin Abdul Jabbar yang juga penulis buku Metodologi & Psikologi Pendidikan Tilawatil Qur'anil Karim.

Berbanyak terima kasih juga kepada yang datang dalam menyertai kursus ini




Pelajar Hafiz 30 Juzuk



Alhamdulillah....seorang lagi anak Maahad Bahasa dan Ilmu Al-Quran (MABIQ) telah berjaya menghafaz 30 juzuk al-Quran...

Tahniah Muhammad Shahizwan bin Kamaruzzaman 



Semoga anda berjaya di dunia dan akhirat dan menjadi anak yang soleh untuk keluarga..insya-Allah.... Ameen

Wednesday, April 8, 2015

BARISAN PELAJAR DAN TENAGA PENGAJAR MABIQ 2015


ASSALAMUALAIKUM W.B.T

Alhamdulillah pada tahun 2015 bertambah lagi pelajar yang menyerikan lagi suasana MABIQ Pantai Sepat. Kini, MABIQ Pantai Sepat mempunyai 92 pelajar dan 17 tenaga pengajar termasuk guru sambilan. 



Tuesday, March 17, 2015

Pada 14 Mac 2015, MABIQ telah mengadakan satu majlis
" MULTAQA AL-MAHABBAH ALUMNI"
iaitu perjumpaan  bekas-bekas pelajar  Sekolah Menengah Ugama Pulau Tawar ( 1980-1985 )
Program ini bermula pada pukul 08.00 malam - 10.30 malam.


Bekas pelajar-pelajar Sekolah Menengah Ugama Pulau Tawar ( 1980-1985) bergambar bersama setelah 30 tahun terpisah.

Pelajar MABIQ dilatih untuk menjayakan program Multaqa Al-Muhabbah Alumni dari pelbagai aspek termasuk penyediaan makanan, susun atur dewan dan sebagainya.


UJIAN BULAN MAC 2015
9 - 12 MAC 2015
Pelajar Menjalani Ujian di Dewan MABIQ Pantai Sepat
Pelajar Menjalani Ujian di Surau MABIQ Pantai Sepat


Featured Post

KEDATANGAN GURU BANTU DARI INDONESIA SESI 2025